Pada suatu hari seorang sahabat teringat pada sahabat yang jauh. Dia pun menjemput sahabat yang lama tidak jumpa datang ke rumah.Akhirnya dia menelefon lalu dia pun meluahkan rasa rindunya untuk berjumpa sahabatnya itu.Tetapi kawanya tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan, dengan berselindung rasa sedihnya dia pun berdoa ke atas kesejahteraan sahabatnya dan berdoa semoga akan berjumpa dengan sahabatnya nanti...hari berganti hari dia sentiasa bertanyakan khabar sahabatnya itu dan berdoa selalu semoga dapat berjumpa dengan sahabatnya itu seperti dulu. Pada suatu hari dia membuat suatu majlis keraian dan berharap jemputannya pada sahabatnya termakbul tetapi dukacita sahabatnya tidak juga dapat hadir.Dia pun meletakkan telefon dengan rasa hampa.Tiba2 dia mula tersedar dan berdosa dengan sangkaannya yang bukan-bukan terhadap kawannya lalu dia berdoa ke atas kesejahteraan dan sentiasa beharap sahabatnya itu berada dalam keadaan yang baik.Dia yakin satu hari nanti sahabatnya akan datang berjumpa dengannya juga . Pada suatu hari dia telah jatuh sakit dia pun merahsiakan sakitnya kerana tidak mahu sahabatnya risau dan susah hati.Tiba-tiba rasa rindunya ingin berjumpa sahabatnya itu terlalu mendalam lalu dia pun mempelawa sahabatnya datang ke rumah . Tetapi sahabatnya memberi alasan yang sama.Dia pun menitiskan air matanya dan menahan sebak .Dia menarik nafas lama agar tidak didengari suaranya yang berubah lalu dia meminta kepada sahabatnya supaya datangla untuk sekali sahaja berjumpa denganya.Sahabatnya pun berjanji akan datang nanti berjumpa dengannya.Hari berganti minggu,minggu berganti bulan dia pun telah tenat .Lalu ibunya menelefon sahabatnya supaya datang segera kerana dia ingin berjumpa untuk kali terakhir. Lalu sahabatnya pun datang dan terkejut melihat sahabatnya itu terlantar di katil dalam keadaan tenat sambil tersenyum girang melihat sahabat yang selama ini dinantikan datang menemuinya .Akhirnya dia mengenggam erat tangan dan memeluk sahabatnya untuk terakhir dan memberi hadiah yang selama ini disimpan untuk sahabatnya itu.Dia meminta sahabatnya membukanya setelah sampai di rumah.Lalu dia pun tenang menghembuskan nafasnya terakhir.Setelah selesai pengebumian dan kenduri tahlil sahabatnya pulang ke rumah. Sahabatnya menyandarkan badan di sofa sambil meratapi pemergian sahabatnya itu, tiba2 dia teringat pemberian sahabatnya itu lalu ke bilik sambil mengambil dan membelek bungkusan hadiah yang di terima dari arwah sahabatnya itu. 'Friendship Forever' .Kata2 yang tertera di bingkai gambar. Menangis sahabatnya bila melihat hasil tangan arwah sahabatnya dengan koleksi2 gambar yang ditangkap bersama ketika mereka masih rapat dahulu. Sahabatnya berasa amat menyesal kerana tidak hadir apabila dia mempelawa datang ke rumah pada masa hayatnya ada.Hanya gambar itu saja yang dapat ditatapinya sekarang.Sahabatnya mula tersedar selama ini dia tidak menghargai janji2 pada sahabatnya itu.
Cerita ini hanya rekaan semata-mata ilhamnya datang secara tiba2..Karya yang tak sehebat penulis ternama.xde kena mengena dengan orang lain..kalau sedih sapukan air mata dengan tisu sekotak..
No comments:
Post a Comment